ppdtext

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Kolej Vokasional Kluang Kluang, Johor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar untuk memastikan;
  1. Memberi pendidikan yang terbaik dengan penuh dedikasi, kreatif, inovatif dan profesional bagi mencapai kecemerlangan akademik dengan sasaran Nilai Gred Purata Komulatif ( NGPK ) 2.0 ke atas, kecemerlangan sahsiah dan peningkatan potensi pelajar-pelajar kami selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara serta melahirkan modal insan cemerlang.
  2. Rela bekerja keras ke arah mewujudkan suatu budaya kerja yang berteraskan prinsip bersih, cekap dan amanah dengan sasaran penglibatan 100 peratus warga kolej berlandaskan semangat kerja Muafakat Membawa Berkat.
  3. Menjadikan Kolej Vokasional Kluang sebagai kolej yang selamat dan kondusif.
  4. Ke arah memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa bersedia menerima aduan atau cadangan membina demi memenuhi keperluan dan harapan pelanggan-pelanggan kami.
  5. Sentiasa memberi layanan yang mesra, tepat dan cekap kepada pelanggan.
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan kolej.
JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH, SILA HUBUNGI:
Kolej Vokasional Kluang: Telefon : 07-7721482